Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Tahun baru, azam baru cabaran baru.

Hampir 10 tahun dalam bidang logistik, kini saya mencabar diri saya untuk meceburi bidang baharu.

Ya, bidang takaful menjadi pilihan kerana pengalaman peribadi saya sendiri.

Melihat dengan mata kepala sendiri, betapa hebatnya emak membesarkan anak, ternyata bukan mudah setelah kematian ayah akibat kemalangan jalan raya yang tragis letika saya berumur 3 tahun dengan adik bongsu yang hanya berusia 3 bulan. 

Kami anak FELDA. Di sebalik bantuan yang kerajaan berikan, masih ada lagi lubang-lubang yang perlu ditampung.

Pesan emak, belajar rajin-rajin. Alhamdulillah, saya berpeluang ke MRSM Kuala Klawang, sebelum ke MRSM Taiping. 

Peluang untuk ke keluar negara ada di bawah biasiswa FELDA.

Akan tetapi, mengenangkan kekangan kewangan, emak memujuk untuk melanjutkan pelajaran di Kolej MARA Kulim dalam asasi Sains.

Tidak pernah sekali saya menyesal meskipun terpaksa melepas peluang ke luar negara.

Saya berjaya menamatkan Ijazah dalam bidang pengurusan penerbangan di UniKL MIAT.

Bermula kerjaya saya dalam bidang perkhidmatan pelanggan sebelum memohon untuk ke bahagian operasi.

Saya menggunakan manfaat syarikat kepada pekerja untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengurusan kejuruteraan perniagaan di UTM. 

Jadilah belajarlah saya secara percuma selama 4 tahun. Saya masih bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat kedoktoran. Insyaallah, saya akan cuba mencapai impian ini.

10 tahun pengalaman dalam logistik menggilap saya bakat saya dalam bidang perkhidmatan pelanggan di tambah dengan minat bahagian operasi. 

Dengan memahami proses operasi dan produk syarikat, saya membantu pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan dan manfaat terbaik dari syarikat.

Semoga cabaran baru ini menjadikan saya orang yang lebih baik. 

Saya berpegang kepada prinsip, "Sayangi apa yang anda lakukan dan lakukan apa yang anda sayangi".

Semoga dengan menceburi bidang baru takaful ini, saya akan dapat memberi manfaat dan menyebarkan kesedaran kepada ramai orang tentang kepentingan mempunyai perlindungan takaful.

Salam perkenalan, salam sayang,


Adilah Raazali

Penasihat Takaful PruBSN


Comments