Posts

Showing posts from January, 2024

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Tahun baru, azam baru cabaran baru. Hampir 10 tahun dalam bidang logistik, kini saya mencabar diri saya untuk meceburi bidang baharu. Ya, bidang takaful menjadi pilihan kerana pengalaman peribadi saya sendiri. Melihat dengan mata kepala sendiri, betapa hebatnya emak membesarkan anak, ternyata bukan mudah setelah kematian ayah akibat kemalangan jalan raya yang tragis letika saya berumur 3 tahun dengan adik bongsu yang hanya berusia 3 bulan.  Kami anak FELDA. Di sebalik bantuan yang kerajaan berikan, masih ada lagi lubang-lubang yang perlu ditampung. Pesan emak, belajar rajin-rajin. Alhamdulillah, saya berpeluang ke MRSM Kuala Klawang, sebelum ke MRSM Taiping.  Peluang untuk ke keluar negara ada di bawah biasiswa FELDA. Akan tetapi, mengenangkan kekangan kewangan, emak memujuk untuk melanjutkan pelajaran di Kolej MARA Kulim dalam asasi Sains. Tidak pernah sekali saya menyesal meskipun terpaksa melepas peluang ke luar negara. Saya berjaya ...